Owned by Orang Bukan Hantu (OBH). Powered by Blogger.

Pages

Thursday, 24 May 2012

Amalan Slacktivism

Rasanya kebanyakan orang kat dunia ni ramai yang tak pernah dengar perkataan SLACKTIVISM ni kan? OBH sendiri pun baru 1st time jumpa.

"SLACKTIVIST: Doing something in support of an issue or cause that requires minimal personal effort."

Contoh mudah, hari tu kan ada Palestinian Hunger Strikes tu. Pastu ramai-ramai tukar DP di Facebook sebagai tanda menyokong tahanan Palestin tersebut.

Modus Operandi senang yang penting ada Social Networks account, sebuah device (PC,Laptop, Tablet etc etc) dan Internet connection.

Nak tau lebih lanjut, boleh lihat di infographic yang cool ini.



Rumah Terbalik Serata Dunia (15 Gambar)

Kita semua tau kan, di Tamparuli, Sabah ada Rumah Terbalik yang segala-galanya terbalik upside down.

Kredit Gambar: Hayden Chan
Ni OBH nak kongsi koleksi gambar-gambar rumah terbalik di seluruh dunia. Enjoice!

“Die Welt steht Kopf” — Isle of Usedom, Germany

Kredit Gambar: Impact Lab
Crazy House — Getorff, Germany


Kredit Gambar: Svenn Hermann
Wonderworks Museum — Orlando, Florida


Kredit Gambar: Wonderworks
Upside-Down House — Ganghwa Island, South Korea


Kredit Gambar: Juliane Eirich
Headfirst House — Putbus, Germany


Kredit Gambar: The Bulgarian News
Upside-Down Sales Office — Alanya, Turkey


Kredit Gambar: Xeroid
Upside-Down House — Lee Vining, California


Kredit Gambar: Hana C.Lee
Gravity Is a Force to be Reckoned With by IƱigo Manglano-Ovalle — North Adams, Massachusetts


Kredit Gambar: Inigo Manglano-Ovalle
Inverted House — Szymbark, Poland

Kredit Gambar: Unusual Architechture

Sumber asal: Flavorwire

Lagi satu Piala Thomas kita kalah (Updated)

"Tak apa, emas Olimpik lagi penting"

Serius sangat LULZ bila OBH dengar statement yang budak tadika pun lagi pandai macam ni. Dan lagi-lagi bila team Malaysia kita kalah 3-0 dalam suku akhir Piala Thomas melawan China malam tadi, serius OBH makin menyampah dengan BAM.

Lepas Datuk Lee Chong Wei cedera buku lali waktu lawan Peter Gade haritu, OBH memang dah yakin dan percaya memang team Malaysia tak akan ke mana untuk Piala Thomas edisi ini. Dulu sebelum mula pun, OBH rasa kurang yakin tapi sebab ada "The Captain" LCW ni, ada la harapan juga. Alih-alih dia cedera pula, teruk lagi tu.

*Update: OBH dengar Dato LCW cedera Achilles tendon, yang tendon keras kat belakang kaki tu. Dulu David Beckham pernah putus tendon ni juga waktu dipinjamkan untuk bermain dgn AC Milan kalau tak silap.

Datuk Lee Chong Wei dalam kesakitan. Sumber: Kosmo Online
Rajah kedudukan tendon Achilles. Sumber: Wikipedia
OBH sebagai salah seorang peminat setia badminton Malaysia memang sangat frust la. Lagi frust bila ada management BAM yang matciam haroooom. Tak keterlaluan kalau nak kata BAM ni persatuan syok sendiri. Banyak sangat drama.

Kita bukan tiada pemain bagus. Ada memang ada macam Daren Liew, Chong Wei Feng, Ariff Latif, Zulfadli, Misbun Ramdan dan beberapa player lain. Tapi masalahnya BAM tak bagi peluang kepada Young Guns kita ni untuk tournament yang kompetitif yang paling kurang 4 bintang. BAM hanya bagi harapan kat Datuk LCW seorang. Mereka perlukan pendedahan yang lebih selain dari corak kejurulatihan yang perlu diperbaiki, ini tidak. Dijeruk lama-lama tapi bila dah tak ada pilihan baru nak guna. Lagi satu, bila main banyak tournament besar, point senang naik untuk baiki ranking.

Ditambah lagi dengan coaching problem beregu kita yang dari dulu ada masalah. Dulu OBH suka waktu mula-mula Rexy Mainaky jadi coach tapi sekarang dia dah kat Filipina yang aku rasa puncanya dia pindah tu sebab problem dengan management. Sekarang coach Tan Kim Her tapi tengok sajala dia berani buat eksperimen waktu lawan Denmark haritu, letak Hoon Thien How dengan Tan Boon Heong. Kalah bai, kalah!

Dan kita memang sentiasa problematic dengan pemain beregu sendiri. Dengan Tan Boon Heong-Koo Kien Keat yang tidak konsisten dan selalu hilang fokus walaupun dapat lead points, kita tiada pasangan pelapis lain. Padahal kita dulu memiliki antara pasangan beregu terbaik dunia macam adik-beradik Razif-Jailani Sidek, Cheah Soon Kit-Soo Ben Kiang dan Chong Tan Fook-Lee Wan Wah. Tapi itu dah jadi sejarah lampau la.

Sekarang Datuk LCW dah cedera. Entah sempat fully recovered tak sebelum Sukan Olimpik Julai nanti. Silap-silap tak dapat sembuh sepenuhnya nanti disuruh juga main oleh BAM. Time tu, apa pun tak dapat. Emas tak dapat, tembaga kau nak wahai BAM?

Apa pun, OBH ucap tahniah la juga kepada skuad badminton negara yang macam mana kurang meyakinkan pun dapat juga sampai ke pusingan akhir Piala Thomas dan sampai juga suku akhir. Lagi-lagi kepada Daren Liew yang ganti Datuk LCW. 1st set malam tadi dia main bagus tapi itula, pengalaman dan kecergasan menentukan segalanya. Memang Lin "Super" Dan superior dari semua aspek berbanding Daren. Tapi OBH yakin kalau dididik betul-betul Daren Liew ni ada potensi untuk pergi lebih jauh di masa depan.

*OBH rasa lagi bagus kalau Datuk Nadzmi Salleh lepas jawatan dari Presiden BAM. Dia dah jadi Presiden 12 tahun tapi tengok la sekarang macam mana perkembangan badminton kita*

Detik gemilang 1992. Kita juara! Waktu ni OBH kecik lagi. Sumber: Utusan Online
Wednesday, 23 May 2012

Superstar Rajnikanth

Untuk tulisan pertama aku selepas Debut, aku memilih Superstar Rajnikanth sebagai modal tulisan aku.

Kenapa aku pilih dia? Cuba lihat video dari Youtube ini.


Awesome kan? Aku rasa siapa yang minat cerita Tamil mesti kenal dengan Superstar Rajnikanth ni. Aku pernah tengok 1 movie dia je, iaitu Sivaji. Klip video Youtube yang aku share ni pula dari movie Chandramukhi.

Dengan misai trademark dia yang macho, ditambah dengan aksi-aksi luar biasa yang kadang-kala melawan hukum fizik serius aku rasa dia memang lejen.

Hebat tak hebat Superstar Rajnikanth ni, dia ni pelakon kedua yang mendapat bayaran termahal di Asia selepas Jackie Chan dengan nilaian sebanyak $US5.9 juta. Kaya weyh!

Nak tau lebih lanjut, boleh tengok di Wikipedia Rajnikanth.

*Aku rasa rambut dia ni dalam pilem tu rambut palsu*

Debut

 Posting pertama aku sebagai penulis blog Orang Bukan Hantu.

Untuk perhatian semua, nama blog ini tidaklah menggambarkan penulisan aku memfokuskan kepada hantu dan orang. 

Sebenarnya aku jumpa gambar ni lepas Google. Kredit kepada sesiapa yang menciptanya
Sekian.

Mulai 23/05/2012

 
© Copyright 2010-2011 Orang Bukan Hantu All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.