Owned by Orang Bukan Hantu (OBH). Powered by Blogger.

Pages

Kejadian Awan Menakjubkan Di Kota Kinabalu, Sabah

Tuesday, 12 June 2012

Dalam seminggu ni cuaca di Sabah lagi-lagi bahagian Pantai Barat memang agak berangin dan hujan lebat serta ribut petir. Brader OBH ingat lagi, hari Ahad lepas brader OBH pergi majlis kenduri kahwin rakan blogger WSB. Sepanjang hari itu, memang hujan saja. Lebat bukan main, habis basah lenjun baju brader OBH.

Dan siang tadi, berlaku satu fenomena menakjubkan di kawasan Kota Kinabalu dan sekitarnya. Awan hujan terbentuk dengan begitu dramatik macam yang kita selalu nampak dalam filem-filem Hollywood yang cerita pasal bencana alam tu.

Nak tau macam mana, enjoice gambar-gambar di bawah yang brader OBH copy-paste dari Facebook. Harap kepada mana-mana pihak yang empunya gambar ini kira halal lah kan brader OBH tolong share.








*Efek macam HDR digunakan untuk kesan dramatik*

Kawasan rumah brader OBH tak nampak lah sampai macam ni, sebab jauh dari Kota Kinabalu. Ditambah lagi dengan kedudukan geografi Kota Kinabalu yang berhampiran laut. 

Serius bila tengok, rasa gerun pun ada, rasa takjub pun ada. Gerun sebab memikir macam mana kalau ada pula ribut taufan jadi kat Sabah lagi-lagi area Kota Kinabalu ni. Mohon dijauhkan. Takjub sebab bukan selalu nampak fenomena ni jadi. Tanda kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Apa-apa pun mesti ada hikmah di sebalik semua ini. Dunia pun makin tua, maksiat makin bermaharajalela, fitnah makin menjadi-jadi. Fikir-fikirkanlah.

*Difahamkan fenomena ini berpunca dari ketempiasan Taufan Mawar yang sedang melalui kawasan Laut China Selatan*
Share this article on :

5 komen anda:

Anne Nurain said...

best tgk kn wlupun rasa gerun jgk..
sini pn penah awan mendung mcm tu tapi xda peluang mo ambik gmbar.. huhu...

Orang Bukan Hantu said...

@Anne Nurain: Tempat aku tadi nda sampai macam ni, awan hitam laju ditiup angin ja. Huhu.

Gee said...

Sy teda nampak! sedih~ time tu sy masi tdur2 lg.. hehe

~nazaku~ said...

seram !

Orang Bukan Hantu said...

@Gee: Naa rugi suda kau nda tenampak hahaha. Tempat saya teda sampai macam ni tadi. Awan hitam mendung biasa ja.

@Nazaku: Paling seram yang gambar kedua tu, macam tornado pun ada

Post a Comment

Mulai 23/05/2012

 
© Copyright 2010-2011 Orang Bukan Hantu All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.