1. Ambil wudhu'.
Masa kecik dulu brader OBH selalu ambil wudhu' sebelum tidur sebab Ustaz kata sucikan diri sebelum tidur, banyak kebaikannya. Tapi bila dah besar ni dah jarang-jarang brader OBH buat benda ni. Malas atau godaan syaitan agaknya.
2. Solat Sunat Taubat.
Yang ni agaknya seumur hidup brader OBH, ada buat beberapa kali je sebelum tidur. Ada pun buat waktu qiamullail masa masih sekolah dulu. Ish ish ish, adat manusia bila dah senang payah betul nak tunduk mengaku dosa kat Allah. Dibuatnya mati dalam tidur. Jadi apa kata anda sekelian, mari kita cuba amalkan solat sunat taubat sebelum tidur. Kalau tak larat atau buat-buat tak larat, istighfar pun memadai.
3. Solat Sunat Witir.
Yang ni mungkin ramai yang ingatkan buat waktu bulan puasa je lepas solat sunat terawih. Tapi sebenarnya, ini merupakan amalan Baginda Rasulullah SAW. Kira ini merupakan penutup bagi ibadah sunat kita untuk malam itu. Kaedah, macam yang biasa kita buat waktu bulan puasa tu dan yang penting bilangan rakaat ganjil. Kalau rajin, buatlah 11 rakaat dengan 6 kali salam.
4. Baca Surah Al-Mulk
Tau Surah Al-Mulk? Surah ke 67 dalam Al-Quran. Brader OBH pun tak pasti dalam muka surat berapa sebab kena buka dulu baru tau. Surah ini ada 30 ayat. Kelebihan? Banyaaaaaaak. Surah ini dibaca untuk keselamatan dan keamanan kita. Paling utama, kalau kita istiqamah dan baca penuh penghayatan, terlindung dari azab kubur.
5. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan Surah Tiga Qul.
Dari kecil lagi abah brader OBH memang selalu nasihat supaya amalkan baca surah-surah ni. Kebaikannya? InsyaAllah terlindung dari segala kejahatan, dengan kuasa Allah.
6. Baca Basmalah 21 kali.
Yang ini pula pun abah brader OBH pernah ajar. Sangat sesuai bagi wanita yang datang bulan sebab dorang tak boleh baca ayat Quran. Basmalah ni bismillah tu sebenarnya bagi yang tidak tahu. Kebaikannya? Brader dengar untuk keselamatan diri kita semasa tidur.
7. Maafkan kesalahan orang lain.
Amalan memaafkan kesalahan orang lain ni sebenarnya sangat baik diamalkan. Dan antara waktu paling sesuai ialah ketika sebelum tidur. Sebab memaafkan orang ini akan melapangkan hati kita, memudahkan tidur. Lagi baik kalau kita terus mendoakan kesejahteraan orang yang melukakan hati kita tu, dapat pahala lagi. Lagipun, Islam tak menganjurkan dendam sengketa.
8. Baca doa tidur.
Akhir sekali, yang ini brader OBH akui memang selalu terlupa. Entah kenapa. Selalu terlupa. Main belasah je tidur tu. Tak tau macam mana doa sebelum tidur?
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Maksudnya: Dengan nama Mu Allah, aku hidup dan dimatikan.
Dan brader OBH kongsi sekali doa bangun tidur,
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Maksudnya: Segala puji bagi Allah menghidupkan aku kembali setelah dimatikan dan kepada-Nya aku dibangkitkan
***
Ini merupakan antara amalan-amalan yang baik dilakukan sebelum kita tidur. Malangnya ramai yang tak terbuat perkara-perkara ni termasuklah diri brader OBH sendiri yang buat tapi bermusim. Jadi tunggu apa lagi, mari kita amalkan kalau boleh setiap malam sebelum kita tidur. Lagi-lagi diri brader OBH sendiri, tau tulis dekat blog tapi tak amal tak guna juga.
Semoga kita diberikan kekuatan, insyaAllah.
0 komen anda:
Post a Comment