Dan seperti biasa brader OBH dan kaum muslimin di seluruh dunia yang lain pergi menunaikan solat Jumaat. Wajib bagi lelaki. Tapi macam biasa, dunia dah dekat kiamat makin ramai lelaki Islam "datang bulan" secara mengejut di hari Jumaat. Lantas mustahil baginya untuk bersolat Jumaat. Moga mereka diberi hidayah Allah SWT.
Bagi yang diberi kekuatan dan kesempatan untuk solat Jumaat, alhamdulillah.
Khutbah di masjid tempat brader OBH solat Jumaat hari ini cerita pasal kemuliaan Al-Quran. Best dengar. Brader OBH baru nak tau macam mana nak uruskan Al-Quran dan kertas-kertas bertulisan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. Okay itu mungkin lain kali brader OBH nak cerita.
Yang brader OBH nak cerita kat sini ialah gelagat jemaah yang tidur waktu Khatib tengah baca Khutbah Jumaat. Punyalah sedap member-member ni tidur. Tambah lagi aircond masjid yang full-blast waktu hari Jumaat.
Ihsan Carian Google dan Khidmat Copy-Paste. Jangan sampai tertidur seperti anak kucing ini. |
"Penat sangat agaknya", bisik hati brader OBH.
Brader OBH rasa benda ni mesti pernah jadi kat ramai orang, brader sendiri pernah tidur waktu Khutbah Jumaat. Alasan? Ramai kata Khutbah Jumaat tu bosan la, Khatib baca gaya stereotaip bosan la, semua salah Khatib dan Khutbah. Nasib baik belum ada orang salahkan mimbar tempat Khatib berdiri.
Ini pendapat brader, mungkin memang betul gaya penyampaian dan isi sekali membosankan. Okay itu kita memang susah nak ubah melainkan kita yang nak jadi Khatib. Pergi bagitau AJK Masjid, "pakcik, saya nak baca Khutbah Jumaat hari ni. Ostad OBH tu bosanlah!"
In a sense, kita sendiri kena usaha supaya tahan diri dari tertidur waktu Khutbah Jumaat. Kalau dah mengantuk sangat pergilah ambil wudhu' balik ataupun kalau malas nak keluar, picit-picit tangan tu biar rasa sakit. Atau memadai goyang-goyang sikit badan tapi janganlah melampau macam nak menari la pulak!
Bukan apa, rugi rasanya kalau kita tidur waktu Khutbah Jumaat ni. Bab hukum memangnya tak dosalah dan solat Jumaat masih sah melainkan tidur yang melampau sampai baring lagi. Rugi sebab solat Jumaat nanti jadi kurang sempurna dan kita terlepas nasihat-nasihat dan peringatan-peringatan yang berguna bagi kita. Bila pikir balik, sebosan mana pun Khutbah tu mesti ada juga benda baik yang nak disampaikan.
Jadi, brader OBH menyeru lah kepada kaum Muslimin sekelian untuk berusaha tidak tidur sewaktu Khutbah Jumaat. USAHA TANGGA KEJAYAAN! Adios
2 komen anda:
Kalau tajuk pun buah buahan tempatan. Sape tak bosan?
Mustafa: Memang kedengaran bosan, tapi cuba dengar dan nilai isinya. Mungkin dari 10, 1 atau 2 berfaedah utk kita. Tapi mungkin kita boleh buat komentar dan adukan dekat Majlis Agama Islam negeri, tu pun kalau dorang nak layan la.
Post a Comment