Owned by Orang Bukan Hantu (OBH). Powered by Blogger.

Pages

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts
Wednesday, 13 June 2012

Peduli Ummah, Muslim Rohingya Saudara Kita

Dunia hari ini makin ganas brader OBH tengok. Utara Selatan Timur Barat semua pun ada saja kekacauan, bunuh-membunuh, perang dan banyak lagi bentuk chaos. Tapi rasanya ramai umat seantero Malaysia ni lagi peduli pasal bila nak PRU 13, berapa belanja untuk artis K-Pop harituh, siapa salah dalam Bersih 3.0 dan sebagainya.

Beberapa bulan ni kita dengar pasal Syria, sekarang dah jadi dekat Asia Tenggara pula. Kat Myanmar. Ceritanya mudahnya macam ni. Ada satu kawasan ni orang Islam Rohingya tengah kena bantai dengan orang Buddha kat sana. Sebenarnya isu ni dah lama, brader OBH dengar di sana orang Islam Rohingya ni tak dapat kerakyatan Myanmar dan pelbagai hak asasi dinafikan regim tentera. Kalau nak diperakui, kena masuk Buddha. Taknak? Keluar dari bumi Myanmar.

Dan sekarang? Baca di bawah
YANGON (Reuters) - Homes burned, gunshots rang out and witnesses reported many dead as sectarian violence raged for a fifth day between Rohingya Muslims and Buddhists in northwest Myanmar on Tuesday, threatening the country's nascent democracy.
Security forces struggled to stem the worst communal violence since Myanmar's reformist government replaced an oppressive junta last year and vowed to forge unity in one of Asia's most ethnically diverse countries.
Hundreds of Rohingyas have been turned away by authorities in neighbouring Bangladesh after attempting to flee the fighting in boats, say officials and witnesses.
The fighting in Sittwe, capital of Myanmar's Rakhine State, has prompting President Thein Sein to declare a state of emergency, impose dawn-to-dusk curfews and warn that "vengeance and anarchy" could jeopardise the country's fledgling transition to democracy after nearly 50 years of army rule.
"Almost all of the shops have closed. We only have a little bit to eat because the market is also closed," said a worker at a hotel in the centre of Sittwe.
Witnesses reported black smoke over Sittwe, a port town riven by tensions between Buddhists and Muslims. Some Buddhists have been seen carrying bamboo stakes, machetes and sling-shots. Muslims and Buddhists were seen setting houses on fire.

*Petikan dari The Star Online.

Untuk bacaan lebih lanjut boleh baca di:

Rohingya: stateless and friendless in Myanmar (The Sun Daily)
Muslim Rohingyas set adrift after fleeing Myanmar Strife (Free Malaysia Today)
Bangladesh turns away Rohingya (Bangkok Post)

Jadi buat saudara Muslim yang lain, mari kita fikir apa kita boleh buat nak tolong orang Islam Rohingya. Tapi jangan lupa saudara kita di Syria, Palestin dan mana-mana tempat yang saudara kita tertindas. Paling kurang, doa untuk mereka.

Dan untuk bukan beragama Islam, sokongan anda juga amat dihargai. Ini bukan hanya krisis agama, ianya krisis kemanusiaan juga. Kita semua manusia.





*Gambar-gambar di atas merupakan hasil Carian Google. Kredit kepada tuan punya gambar/ Credits to those who had taken these photos.

Atas sebab menjaga sensitiviti sesetengah pihak, brader OBH tidak mengongsikan gambar-gambar mangsa pembunuhan.

*Mana pergi politisyen yang selama ini mengaku konon prihatin akan hak asasi manusia? Ini orang Islam Rohingya bukan manusia? Mereka ditindas, dibunuh dan diseksa.

JANGAN JADI MACAM OIC = OOH I SEEEEEE!

Saturday, 9 June 2012

Perkara orang selalu tak endah untuk buat sebelum tidur

Ramai antara kita yang beragama Islam yang selalu tak ingat atau buat-buat tak ingat atau mungkin tak tau nak buat benda-benda ni sebelum tidur. Termasukla brader OBH sendiri. Nak tau apa benda tu? Check it out!!! (buat macam suara Lisa Surihani dalam iklan Digi)

1. Ambil wudhu'.
Masa kecik dulu brader OBH selalu ambil wudhu' sebelum tidur sebab Ustaz kata sucikan diri sebelum tidur, banyak kebaikannya. Tapi bila dah besar ni dah jarang-jarang brader OBH buat benda ni. Malas atau godaan syaitan agaknya. 

2. Solat Sunat Taubat.
Yang ni agaknya seumur hidup brader OBH, ada buat beberapa kali je sebelum tidur. Ada pun buat waktu qiamullail masa masih sekolah dulu. Ish ish ish, adat manusia bila dah senang payah betul nak tunduk mengaku dosa kat Allah. Dibuatnya mati dalam tidur. Jadi apa kata anda sekelian, mari kita cuba amalkan solat sunat taubat sebelum tidur. Kalau tak larat atau buat-buat tak larat, istighfar pun memadai.

3. Solat Sunat Witir.
Yang ni mungkin ramai yang ingatkan buat waktu bulan puasa je lepas solat sunat terawih. Tapi sebenarnya, ini merupakan amalan Baginda Rasulullah SAW. Kira ini merupakan penutup bagi ibadah sunat kita untuk malam itu. Kaedah, macam yang biasa kita buat waktu bulan puasa tu dan yang penting bilangan rakaat ganjil. Kalau rajin, buatlah 11 rakaat dengan 6 kali salam.

4. Baca Surah Al-Mulk
Tau Surah Al-Mulk? Surah ke 67 dalam Al-Quran. Brader OBH pun tak pasti dalam muka surat berapa sebab kena buka dulu baru tau. Surah ini ada 30 ayat. Kelebihan? Banyaaaaaaak. Surah ini dibaca untuk keselamatan dan keamanan kita. Paling utama, kalau kita istiqamah dan baca penuh penghayatan, terlindung dari azab kubur. 

5. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan Surah Tiga Qul.
Dari kecil lagi abah brader OBH memang selalu nasihat supaya amalkan baca surah-surah ni. Kebaikannya? InsyaAllah terlindung dari segala kejahatan, dengan kuasa Allah.

6. Baca Basmalah 21 kali.
Yang ini pula pun abah brader OBH pernah ajar. Sangat sesuai bagi wanita yang datang bulan sebab dorang tak boleh baca ayat Quran. Basmalah ni bismillah tu sebenarnya bagi yang tidak tahu. Kebaikannya? Brader dengar untuk keselamatan diri kita semasa tidur.

7. Maafkan kesalahan orang lain.
Amalan memaafkan kesalahan orang lain ni sebenarnya sangat baik diamalkan. Dan antara waktu paling sesuai ialah ketika sebelum tidur. Sebab memaafkan orang ini akan melapangkan hati kita, memudahkan tidur. Lagi baik kalau kita terus mendoakan kesejahteraan orang yang melukakan hati kita tu, dapat pahala lagi. Lagipun, Islam tak menganjurkan dendam sengketa.

8. Baca doa tidur.
Akhir sekali, yang ini brader OBH akui memang selalu terlupa. Entah kenapa. Selalu terlupa. Main belasah je tidur tu. Tak tau macam mana doa sebelum tidur?

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ 
Maksudnya: Dengan nama Mu Allah, aku hidup dan dimatikan.

Dan brader OBH kongsi sekali doa bangun tidur,

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Maksudnya: Segala puji bagi Allah menghidupkan aku kembali setelah dimatikan dan kepada-Nya aku dibangkitkan

***
Ini merupakan antara amalan-amalan yang baik dilakukan sebelum kita tidur. Malangnya ramai yang tak terbuat perkara-perkara ni termasuklah diri brader OBH sendiri yang buat tapi bermusim. Jadi tunggu apa lagi, mari kita amalkan kalau boleh setiap malam sebelum kita tidur. Lagi-lagi diri brader OBH sendiri, tau tulis dekat blog tapi tak amal tak guna juga.

Semoga kita diberikan kekuatan, insyaAllah.

Friday, 8 June 2012

Fenomena Sewaktu Khutbah Jumaat: Tidur

Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari Saiyidul Ayyam.

Dan seperti biasa brader OBH dan kaum muslimin di seluruh dunia yang lain pergi menunaikan solat Jumaat. Wajib bagi lelaki. Tapi macam biasa, dunia dah dekat kiamat makin ramai lelaki Islam "datang bulan" secara mengejut di hari Jumaat. Lantas mustahil baginya untuk bersolat Jumaat. Moga mereka diberi hidayah Allah SWT.

Bagi yang diberi kekuatan dan kesempatan untuk solat Jumaat, alhamdulillah.

Khutbah di masjid tempat brader OBH solat Jumaat hari ini cerita pasal kemuliaan Al-Quran. Best dengar. Brader OBH baru nak tau macam mana nak uruskan Al-Quran dan kertas-kertas bertulisan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. Okay itu mungkin lain kali brader OBH nak cerita.

Yang brader OBH nak cerita kat sini ialah gelagat jemaah yang tidur waktu Khatib tengah baca Khutbah Jumaat. Punyalah sedap member-member ni tidur. Tambah lagi aircond masjid yang full-blast waktu hari Jumaat.
Ihsan Carian Google dan Khidmat Copy-Paste. Jangan sampai tertidur seperti anak kucing ini.

"Penat sangat agaknya", bisik hati brader OBH.

Brader OBH rasa benda ni mesti pernah jadi kat ramai orang, brader sendiri pernah tidur waktu Khutbah Jumaat. Alasan? Ramai kata Khutbah Jumaat tu bosan la, Khatib baca gaya stereotaip bosan la, semua salah Khatib dan Khutbah. Nasib baik belum ada orang salahkan mimbar tempat Khatib berdiri.

Ini pendapat brader, mungkin memang betul gaya penyampaian dan isi sekali membosankan. Okay itu kita memang susah nak ubah melainkan kita yang nak jadi Khatib. Pergi bagitau AJK Masjid, "pakcik, saya nak baca Khutbah Jumaat hari ni. Ostad OBH tu bosanlah!"

In a sense, kita sendiri kena usaha supaya tahan diri dari tertidur waktu Khutbah Jumaat. Kalau dah mengantuk sangat pergilah ambil wudhu' balik ataupun kalau malas nak keluar, picit-picit tangan tu biar rasa sakit. Atau memadai goyang-goyang sikit badan tapi janganlah melampau macam nak menari la pulak!

Bukan apa, rugi rasanya kalau kita tidur waktu Khutbah Jumaat ni. Bab hukum memangnya tak dosalah dan solat Jumaat masih sah melainkan tidur yang melampau sampai baring lagi. Rugi sebab solat Jumaat nanti jadi kurang sempurna dan kita terlepas nasihat-nasihat dan peringatan-peringatan yang berguna bagi kita. Bila pikir balik, sebosan mana pun Khutbah tu mesti ada juga benda baik yang nak disampaikan.

Jadi, brader OBH menyeru lah kepada kaum Muslimin sekelian untuk berusaha tidak tidur sewaktu Khutbah Jumaat. USAHA TANGGA KEJAYAAN! Adios

Mulai 23/05/2012

 
© Copyright 2010-2011 Orang Bukan Hantu All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.