Owned by Orang Bukan Hantu (OBH). Powered by Blogger.

Pages

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Wednesday, 13 June 2012

Peduli Ummah, Muslim Rohingya Saudara Kita

Dunia hari ini makin ganas brader OBH tengok. Utara Selatan Timur Barat semua pun ada saja kekacauan, bunuh-membunuh, perang dan banyak lagi bentuk chaos. Tapi rasanya ramai umat seantero Malaysia ni lagi peduli pasal bila nak PRU 13, berapa belanja untuk artis K-Pop harituh, siapa salah dalam Bersih 3.0 dan sebagainya.

Beberapa bulan ni kita dengar pasal Syria, sekarang dah jadi dekat Asia Tenggara pula. Kat Myanmar. Ceritanya mudahnya macam ni. Ada satu kawasan ni orang Islam Rohingya tengah kena bantai dengan orang Buddha kat sana. Sebenarnya isu ni dah lama, brader OBH dengar di sana orang Islam Rohingya ni tak dapat kerakyatan Myanmar dan pelbagai hak asasi dinafikan regim tentera. Kalau nak diperakui, kena masuk Buddha. Taknak? Keluar dari bumi Myanmar.

Dan sekarang? Baca di bawah
YANGON (Reuters) - Homes burned, gunshots rang out and witnesses reported many dead as sectarian violence raged for a fifth day between Rohingya Muslims and Buddhists in northwest Myanmar on Tuesday, threatening the country's nascent democracy.
Security forces struggled to stem the worst communal violence since Myanmar's reformist government replaced an oppressive junta last year and vowed to forge unity in one of Asia's most ethnically diverse countries.
Hundreds of Rohingyas have been turned away by authorities in neighbouring Bangladesh after attempting to flee the fighting in boats, say officials and witnesses.
The fighting in Sittwe, capital of Myanmar's Rakhine State, has prompting President Thein Sein to declare a state of emergency, impose dawn-to-dusk curfews and warn that "vengeance and anarchy" could jeopardise the country's fledgling transition to democracy after nearly 50 years of army rule.
"Almost all of the shops have closed. We only have a little bit to eat because the market is also closed," said a worker at a hotel in the centre of Sittwe.
Witnesses reported black smoke over Sittwe, a port town riven by tensions between Buddhists and Muslims. Some Buddhists have been seen carrying bamboo stakes, machetes and sling-shots. Muslims and Buddhists were seen setting houses on fire.

*Petikan dari The Star Online.

Untuk bacaan lebih lanjut boleh baca di:

Rohingya: stateless and friendless in Myanmar (The Sun Daily)
Muslim Rohingyas set adrift after fleeing Myanmar Strife (Free Malaysia Today)
Bangladesh turns away Rohingya (Bangkok Post)

Jadi buat saudara Muslim yang lain, mari kita fikir apa kita boleh buat nak tolong orang Islam Rohingya. Tapi jangan lupa saudara kita di Syria, Palestin dan mana-mana tempat yang saudara kita tertindas. Paling kurang, doa untuk mereka.

Dan untuk bukan beragama Islam, sokongan anda juga amat dihargai. Ini bukan hanya krisis agama, ianya krisis kemanusiaan juga. Kita semua manusia.





*Gambar-gambar di atas merupakan hasil Carian Google. Kredit kepada tuan punya gambar/ Credits to those who had taken these photos.

Atas sebab menjaga sensitiviti sesetengah pihak, brader OBH tidak mengongsikan gambar-gambar mangsa pembunuhan.

*Mana pergi politisyen yang selama ini mengaku konon prihatin akan hak asasi manusia? Ini orang Islam Rohingya bukan manusia? Mereka ditindas, dibunuh dan diseksa.

JANGAN JADI MACAM OIC = OOH I SEEEEEE!

Wednesday, 6 June 2012

Cat-Copter? Orvillecopter? Helikopter Kucing

Awas, kepada peminat kucing gambar yang terkandung dalam tulisan ini mungkin akan ofensif kepada anda. Anda dinasihatkan melihatnya dengan budi bicara masing-masing


Kucing ini sebenarnya sudah mati. Bernama Orville dan dimiliki oleh tuannya seorang Belanda bernama Bart Jansen.

Ceritanya macam ni. Orville Si Kucing al kisahnya mati dilanggar lari oleh sebuah kereta. Kesian. Dan sebagai langkah mengenang nostalgik bersama Orville Si Kucing maka Jansen Si Artisan ini mendapat idea untuk buat stuffed animal kat Orville Si Kucing ni.

Jarsen Si Artisan pun bekerjasama dengan Arjen Beltman seorang pemain helikopter kawalan radio, memasang mekanisme penerbangan kat badan Orville Si Kucing yang sudah diawet.


In a sense memang kreatif Jarsen Si Artisan ini. Tapi bila brader OBH pikir balik, tak patutlah buat macam tu. Bukan untuk educational purposes pun macam student veterinar selalu main dengan bangkai haiwan yang diawet.

Lagi-lagi bila nampak wayar, propeller dan ditambah dengan postur badan Orville Si Kucing yang dikangkang. Sungguh kesian. Nampak macam animal abused.


Siapa tak sanggup, jangan tengok video ini.

Apa-apa pun brader OBH harap janganlah ada benda macam ni yang rakyat Malaysia buat. Takut nanti esok-esok bukan lagi kucing, siap mayat orang lagi nanti ada artisan kreatif sangat buat jadi Kapal Terbang Kawalan Radio. Adios!

Bacaan lanjut boleh baca di Daily Mail UK.

*Jawablah kau dekat akhirat nanti, ni kira dah macam penganiyaan terhadap binatang walaupun yang sudah mati*


Tan Sri Annuar Musa saman FAM, Azzudin!

Bangun pagi brader OBH buka Facebook nampak page Sokernets post pasal Tan Sri Annuar Musa (TSAM) nak saman FAM dengan S/U Agung Datuk Azzudin.


Screen-captured dari Page FB TSAM
Apa yang brader paham, saman ini berkaitan dengan kes TSAM digantung selama 2 tahun setengah oleh J/K Tatatertib FAM berhubung isu kritikan terbuka beliau terhadap Jurulatih Skuad Kebangsaan Datuk K. Rajagopal berikutan prestasi skuad yang tidak konsisten.

Dalam hal ni memang brader OBH bersetuju sangat la dengan TSAM. Kasi dorang hangat sikit. Sebab brader OBH rasa macam TSAM ni agak teraniaya di sini dan agak jelas terang lagi bersuluh FAM ialah sebuah persatuan syok sendiri.

Ditambah dengan karenah pegawai atasan FAM yang memang selalu menimbulkan lawak antarabangsa sebagai contoh Pengerusi J/K Tatatertib yang bagi amaran kat TSAM supaya tak datang Stadium Bukit Jalil untuk menonton final Piala FA Kelantan lawan Sime Darby hari tu. Serius memang beliau patut masuk Raja Lawak.

Itu belum masuk lagi The Untouchable.

Apa-apa pun brader OBH harap semoga akan muncul ramai lagi pemimpin seperti TSAM yang berani nak bersuara demi kebaikan bola sepak negara. Ini nak-nak je ada segerombolan pegawai yang serupa macam tak buat kerja. Nak mewah je.

Majulah Bola Sepak Untuk Negara!

*Untuk bacaan lanjut berkenaan isu ini boleh baca di Sokernet.com.

Mulai 23/05/2012

 
© Copyright 2010-2011 Orang Bukan Hantu All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.