Owned by Orang Bukan Hantu (OBH). Powered by Blogger.

Pages

Showing posts with label Awesome. Show all posts
Showing posts with label Awesome. Show all posts
Tuesday, 19 June 2012

Kabus + Jerebu Di Pagi Hari

Sekarang tengah musim kemarau di kebanyakan tempat di Malaysia. Dan macam biasa, kalau panas mesti akan ada pihak yang bakar sana sini. Kesudahannya, jerebu pun datang.

Dan pagi ni, bila brader buka pintu rumah jerebu sudah datang. Mula-mula ingat kabus biasa tapi ada bau asap. Ni konfem kabus jerebu ni. Sebenarnya sudah beberapa hari jerebu mulai datang di kawasan brader ni tapi taklah setebal ini.



2 gambar pertama diambil menggunakan mod yang berlainan. Gambar ketiga menggunakan Instagram.
Serius memang tebal kabus jerebu ni tadi. Jarak pemandangan dalam kurang 500m macam tu lah. Teringat pula brader dengan jerebu tahun 1998 (kalau tak silap). Pagi-pagi bangun tebal sungguh. Last-last sekolah cuti mengejut sebab membahayakan keselamatan dan kesihatan. Tak lama kemudian, kerajaan umum Darurat.

Tapi alhamdulillah, kabus + jerebu pagi ni tak lah teruk sangat. Entah, pagi ni agak berangin pula. Brader boleh nampak partikel-partikel jerebu tu kena tiup angin tapi masih berjerebu lah juga cuma agak nipis.

Apa-apa pun jagalah kesihatan diri sempena musim panas dan berisiko untuk jerebu ni. Banyakkan minum air putih, dan kurangkan aktiviti luar kalau boleh. Kalau nak exercise, boleh buat indoor workout di gymnasium berhampiran kawasan rumah anda.

Utamakan kesihatan anda.

Tuesday, 12 June 2012

Kejadian Awan Menakjubkan Di Kota Kinabalu, Sabah

Dalam seminggu ni cuaca di Sabah lagi-lagi bahagian Pantai Barat memang agak berangin dan hujan lebat serta ribut petir. Brader OBH ingat lagi, hari Ahad lepas brader OBH pergi majlis kenduri kahwin rakan blogger WSB. Sepanjang hari itu, memang hujan saja. Lebat bukan main, habis basah lenjun baju brader OBH.

Dan siang tadi, berlaku satu fenomena menakjubkan di kawasan Kota Kinabalu dan sekitarnya. Awan hujan terbentuk dengan begitu dramatik macam yang kita selalu nampak dalam filem-filem Hollywood yang cerita pasal bencana alam tu.

Nak tau macam mana, enjoice gambar-gambar di bawah yang brader OBH copy-paste dari Facebook. Harap kepada mana-mana pihak yang empunya gambar ini kira halal lah kan brader OBH tolong share.








*Efek macam HDR digunakan untuk kesan dramatik*

Kawasan rumah brader OBH tak nampak lah sampai macam ni, sebab jauh dari Kota Kinabalu. Ditambah lagi dengan kedudukan geografi Kota Kinabalu yang berhampiran laut. 

Serius bila tengok, rasa gerun pun ada, rasa takjub pun ada. Gerun sebab memikir macam mana kalau ada pula ribut taufan jadi kat Sabah lagi-lagi area Kota Kinabalu ni. Mohon dijauhkan. Takjub sebab bukan selalu nampak fenomena ni jadi. Tanda kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Apa-apa pun mesti ada hikmah di sebalik semua ini. Dunia pun makin tua, maksiat makin bermaharajalela, fitnah makin menjadi-jadi. Fikir-fikirkanlah.

*Difahamkan fenomena ini berpunca dari ketempiasan Taufan Mawar yang sedang melalui kawasan Laut China Selatan*
Saturday, 9 June 2012

Can Your Baby Get Pregnant If You Have Sex While Pregnant?


Dafuq yeah! Lead to complications like an infinite loop!

Source: Medical MCQs (PLAB, MRCP, USMLE, FRCR, MRCS, GRE, all with answers) Facebook Page

*Moral of the story: Ask the professionals.
Wednesday, 6 June 2012

Cat-Copter? Orvillecopter? Helikopter Kucing

Awas, kepada peminat kucing gambar yang terkandung dalam tulisan ini mungkin akan ofensif kepada anda. Anda dinasihatkan melihatnya dengan budi bicara masing-masing


Kucing ini sebenarnya sudah mati. Bernama Orville dan dimiliki oleh tuannya seorang Belanda bernama Bart Jansen.

Ceritanya macam ni. Orville Si Kucing al kisahnya mati dilanggar lari oleh sebuah kereta. Kesian. Dan sebagai langkah mengenang nostalgik bersama Orville Si Kucing maka Jansen Si Artisan ini mendapat idea untuk buat stuffed animal kat Orville Si Kucing ni.

Jarsen Si Artisan pun bekerjasama dengan Arjen Beltman seorang pemain helikopter kawalan radio, memasang mekanisme penerbangan kat badan Orville Si Kucing yang sudah diawet.


In a sense memang kreatif Jarsen Si Artisan ini. Tapi bila brader OBH pikir balik, tak patutlah buat macam tu. Bukan untuk educational purposes pun macam student veterinar selalu main dengan bangkai haiwan yang diawet.

Lagi-lagi bila nampak wayar, propeller dan ditambah dengan postur badan Orville Si Kucing yang dikangkang. Sungguh kesian. Nampak macam animal abused.


Siapa tak sanggup, jangan tengok video ini.

Apa-apa pun brader OBH harap janganlah ada benda macam ni yang rakyat Malaysia buat. Takut nanti esok-esok bukan lagi kucing, siap mayat orang lagi nanti ada artisan kreatif sangat buat jadi Kapal Terbang Kawalan Radio. Adios!

Bacaan lanjut boleh baca di Daily Mail UK.

*Jawablah kau dekat akhirat nanti, ni kira dah macam penganiyaan terhadap binatang walaupun yang sudah mati*


Sunday, 27 May 2012

Sedapnya makan Genitalia (GELIMAT!)

Erk, bila OBH terbaca artikel ni kat Metro Online serius OBH rasa tawar kat tekak tetiba. Korang mesti tau kan apa bendanya Genitalia tu? Kemaluan, iya kemaluan.

Ceritanya macam ni. Kat Jepun ni ada seorang pelukis ilustrasi bernama Mao Sugiyama ni baru je buat pembedahan pembuangan alat kelamin (zakar dan buah zakar). Oh ya, dia ni mengaku seorang yang aseksual. Wah macam amoeba gitu.

Lepas bedah, dia bawa balik Genitalia yang sudah dipotong dari tempat asalnya tu pastu mamat ni dapat idea nak masak dan bagi orang makan dengan harga 100 000 yen (RM4000) pada asalnya tapi kemudian berkeputusan untuk bahagi kepada 5 orang dengan harga RM640.

Ada 70 orang yang datang ke majlis untuk memakan Genitalia yang dimasak sendiri oleh Sugiyama dengan dipantau seorang chef tapi hanya 5 orang je yang makan. Yang lain tu makan daging lain la, macam daging lembu atau buaya (serius!)

Yang lagi lawak, bila lepas habis makan siap kena sign surat akuan lagi yang pemakan-pemakan Genitalia ni tak akan mendakwa Sugiyama sekiranya berlaku sesuatu yang memudaratkan kepada mereka akibat memakannya. Serius pelik bunyinya.
"CalorieLab.com memetik seorang tetamu sebagai berkata, kemaluan itu liat dan tidak mempunyai rasa."  - Dipetik dari Metro Online.
Polis Suginami district pula bagi statement tiada sebarang tindakan akan diambil kerana ianya tidak melanggar undang-undang. Wah cool nya polis dan undang-undang Jepun ni.

Sugiyama sedang menerangkan perihal masakannya .
So, apa macam? Apa kau rasa? Oren?

Dipetik dan diubah suai dari Metro Online.


Friday, 25 May 2012

Fakta Lawak Berkenaan Kim Jong-Il, Lololol

Entah kenapa tiba-tiba pagi macam ni OBH terasa nak google pasal Kim Jong-Il, Pemimpin Agung Republik Komunis Korea Utara.

Walaupun dia ni dah arwah dan digantikan oleh anaknya Kim Jong-Un yang telah dinobatkan sebagai Presiden Paling Chubby abad ke 21, tapi sampai sekarang rakyat Korea Utara ni masih lagi menyanjung tinggi Kim Jong-Il sehingga dipandang sebagai Tuhan.

Tanpa membuang masa, mari OBH kongsi beberapa fakta lawak harooom berkenaan The Great Leader ini.

1. Kim Jong-Il "melatih" pasukan kebangsaan Korea Utara untuk Piala Dunia 2010 melalui telefon halimunan.

"North Korean manager Kim Jong-Hun reportedly gets coaching advice directly from the country's diminutive dictator via an invisible cell phone." - Sumber: abcnews.go.com
Lololol, hebat sungguh. Macam ni Pak Najib boleh la bagi arahan kat K. Rajagopal ikut telepath barangkali.

2. Kim Jong-Il mendakwa telah mencipta Hamburger, back in 2004.

"Jong-il called them 'gogigyeopbbang,' which is Korean for 'double bread with meat.' Just rolls off the tongue, doesn't it?" - Sumber: redorbit.com"
 3. Anak pertama Kim Jong-Il, Kim Jong-Nam sepatutnya next in line untuk menggantikan bapanya tapi ditutup peluang sebab kantoi masuk Jepun pakai paspot palsu. Nak pergi Disneyland khabarnya.

"In 2001, Kim Jong-nam and his entourage were detained at Narita airport, en route to Tokyo Disneyland. Kim had attempted to enter the country on a forged Dominican Republic passport, using the Chinese name Pang Xiong - Fat Bear. " - Sumber: atimes.com
Beruang gemuk? Hahahahahahaha

4. Kim Jong-Un sebenarnya lahir di Siberia, Russian Federation.

Sumber: news.bbc.co.uk
Russian? North Korean? Malaysian???? Hik hik

5. Cubaan Pemimpin Agung untuk menghapuskan gene pool pendek rakyat Korea Utara.

Sumber: dlewis.net
Highlight kasut dia pakai tu. Macam artis kasut ahli 2NE1 pakai, Lololol.

6. Bunga Kimjongilia, sempena nama Pemimpin Agung ini.

 Sumber: en.wikipedia.org
7. Kim Jong-Il terpaksa berhenti merokok atas sebab kesihatan. Dia kemudian memerintahkan seluruh perokok Korea Utara untuk berhenti merokok juga.

Sumber: connection.ebscohost.com
Malaysia kalau buat macam ni pun okay juga, kepimpinan melalui tauladan. Kuddos Pemimpin Agung!

8. Mampu mengawal cuaca menggunakan mindanya. Psikik barangkali?

 Sumber: current.com
Ini lagi awesome! Kalah bomoh hujan Malaysia dan Indonesia. Kah kah kah!

***

Inilah antara beberapa fakta yang lawak berkenaan Pemimpin Agung Kim Jong-Il. Serius sangat lawak, Lololol. Paling lawak, kawal cuaca guna minda. Bapak ah propaganda tahap dewa.

Dan satu infographic kelakar Kim Jong-Il, cuba tengok. Zero defecation, hebat siak tak berak!

Klik untuk melihat lebih jelas. Sumber: What's Trending
Pun begitu, rakyat Korea Utara masih percaya dengan semua Fakta Lawak ini. Sebab dorang dah kena brainwash, haishh macam-macam. Bayangkan kalau kat Malaysia macam ni, sangat facepalm.

Untuk bacaan lanjut, boleh baca di Buzzfeed sebab OBH pun cedok ni kat sini. In total, ada 20 sebenarnya tapi sebab nanti takut panjang sangat OBH ambil 8 je.

Enjoice!

Mulai 23/05/2012

 
© Copyright 2010-2011 Orang Bukan Hantu All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.