Owned by Orang Bukan Hantu (OBH). Powered by Blogger.

Pages

Tuesday 19 June 2012

Kabus + Jerebu Di Pagi Hari

Sekarang tengah musim kemarau di kebanyakan tempat di Malaysia. Dan macam biasa, kalau panas mesti akan ada pihak yang bakar sana sini. Kesudahannya, jerebu pun datang.

Dan pagi ni, bila brader buka pintu rumah jerebu sudah datang. Mula-mula ingat kabus biasa tapi ada bau asap. Ni konfem kabus jerebu ni. Sebenarnya sudah beberapa hari jerebu mulai datang di kawasan brader ni tapi taklah setebal ini.



2 gambar pertama diambil menggunakan mod yang berlainan. Gambar ketiga menggunakan Instagram.
Serius memang tebal kabus jerebu ni tadi. Jarak pemandangan dalam kurang 500m macam tu lah. Teringat pula brader dengan jerebu tahun 1998 (kalau tak silap). Pagi-pagi bangun tebal sungguh. Last-last sekolah cuti mengejut sebab membahayakan keselamatan dan kesihatan. Tak lama kemudian, kerajaan umum Darurat.

Tapi alhamdulillah, kabus + jerebu pagi ni tak lah teruk sangat. Entah, pagi ni agak berangin pula. Brader boleh nampak partikel-partikel jerebu tu kena tiup angin tapi masih berjerebu lah juga cuma agak nipis.

Apa-apa pun jagalah kesihatan diri sempena musim panas dan berisiko untuk jerebu ni. Banyakkan minum air putih, dan kurangkan aktiviti luar kalau boleh. Kalau nak exercise, boleh buat indoor workout di gymnasium berhampiran kawasan rumah anda.

Utamakan kesihatan anda.

Sunday 17 June 2012

Perkembangan Euro 2012 (Setakat 17/6/2012)

Dalam 4,5 hari ni memang brader OBH jarang buka blog, update pun malas sebab penat bangun tengah malam layan Euro 2012. Jadi untuk sekadar mengisi ruangan blog brader, ini update terkini pasal kedudukan negara-negara Euro 2012 berdasarkan kumpulan setakat 17 Jun 2012.

Kumpulan A


*Czech Rep dan Greece layak  ke separuh akhir. Greece layak berbanding Russia atas tiket Head-to-Head rule, menang 1-0 lawan Russia.

Kumpulan B


*Ini ialah Kumpulan Maut. Perlawanan terakhir kumpulan akan berlangsung 18/06. Denmark akan bertemu Germany manakala Portugal akan bertemu Netherlands. Pasukan yang diramal sukar ke separuh akhir ialah Netherlands. Nasib Portugal dan Denmark pula hanya akan diketahui selepas perlawanan. Germany pasti layak.

Kumpulan C


*Perlawanan terakhir kumpulan ialah pada 19/06. Spain akan bertemu Italy dan Crotia akan bertemu Ireland. Spain, Crotia dan Italy sekarang bersaing untuk ke peringkat suku akhir, Ireland Republic hanya nampaknya macam say good bye lah.

Kumpulan D


*Perlawanan terakhir kumpulan ialah pada 20/06. France akan bermain dengan Sweden manakala England akan melawan tuan rumah, Ukraine. Pasukan yang dijangka ke suku akhir ialah France dan England tapi siapa tahu, Ukraine boleh menang dengan England barangkali? Sweden nampaknya macam senasib dengan Netherlands.

Okay, ini lah antara perkembangan Euro 2012 yang brader dapat kongsikan. Majulah sukan untuk negara!

P/s: Dengar-dengar Ireland Republic dengan Sweden pun dah terkeluar walaupun perlawanan peringkat kumpulan belum lagi habis.
Wednesday 13 June 2012

Peduli Ummah, Muslim Rohingya Saudara Kita

Dunia hari ini makin ganas brader OBH tengok. Utara Selatan Timur Barat semua pun ada saja kekacauan, bunuh-membunuh, perang dan banyak lagi bentuk chaos. Tapi rasanya ramai umat seantero Malaysia ni lagi peduli pasal bila nak PRU 13, berapa belanja untuk artis K-Pop harituh, siapa salah dalam Bersih 3.0 dan sebagainya.

Beberapa bulan ni kita dengar pasal Syria, sekarang dah jadi dekat Asia Tenggara pula. Kat Myanmar. Ceritanya mudahnya macam ni. Ada satu kawasan ni orang Islam Rohingya tengah kena bantai dengan orang Buddha kat sana. Sebenarnya isu ni dah lama, brader OBH dengar di sana orang Islam Rohingya ni tak dapat kerakyatan Myanmar dan pelbagai hak asasi dinafikan regim tentera. Kalau nak diperakui, kena masuk Buddha. Taknak? Keluar dari bumi Myanmar.

Dan sekarang? Baca di bawah
YANGON (Reuters) - Homes burned, gunshots rang out and witnesses reported many dead as sectarian violence raged for a fifth day between Rohingya Muslims and Buddhists in northwest Myanmar on Tuesday, threatening the country's nascent democracy.
Security forces struggled to stem the worst communal violence since Myanmar's reformist government replaced an oppressive junta last year and vowed to forge unity in one of Asia's most ethnically diverse countries.
Hundreds of Rohingyas have been turned away by authorities in neighbouring Bangladesh after attempting to flee the fighting in boats, say officials and witnesses.
The fighting in Sittwe, capital of Myanmar's Rakhine State, has prompting President Thein Sein to declare a state of emergency, impose dawn-to-dusk curfews and warn that "vengeance and anarchy" could jeopardise the country's fledgling transition to democracy after nearly 50 years of army rule.
"Almost all of the shops have closed. We only have a little bit to eat because the market is also closed," said a worker at a hotel in the centre of Sittwe.
Witnesses reported black smoke over Sittwe, a port town riven by tensions between Buddhists and Muslims. Some Buddhists have been seen carrying bamboo stakes, machetes and sling-shots. Muslims and Buddhists were seen setting houses on fire.

*Petikan dari The Star Online.

Untuk bacaan lebih lanjut boleh baca di:

Rohingya: stateless and friendless in Myanmar (The Sun Daily)
Muslim Rohingyas set adrift after fleeing Myanmar Strife (Free Malaysia Today)
Bangladesh turns away Rohingya (Bangkok Post)

Jadi buat saudara Muslim yang lain, mari kita fikir apa kita boleh buat nak tolong orang Islam Rohingya. Tapi jangan lupa saudara kita di Syria, Palestin dan mana-mana tempat yang saudara kita tertindas. Paling kurang, doa untuk mereka.

Dan untuk bukan beragama Islam, sokongan anda juga amat dihargai. Ini bukan hanya krisis agama, ianya krisis kemanusiaan juga. Kita semua manusia.





*Gambar-gambar di atas merupakan hasil Carian Google. Kredit kepada tuan punya gambar/ Credits to those who had taken these photos.

Atas sebab menjaga sensitiviti sesetengah pihak, brader OBH tidak mengongsikan gambar-gambar mangsa pembunuhan.

*Mana pergi politisyen yang selama ini mengaku konon prihatin akan hak asasi manusia? Ini orang Islam Rohingya bukan manusia? Mereka ditindas, dibunuh dan diseksa.

JANGAN JADI MACAM OIC = OOH I SEEEEEE!

Tuesday 12 June 2012

Kejadian Awan Menakjubkan Di Kota Kinabalu, Sabah

Dalam seminggu ni cuaca di Sabah lagi-lagi bahagian Pantai Barat memang agak berangin dan hujan lebat serta ribut petir. Brader OBH ingat lagi, hari Ahad lepas brader OBH pergi majlis kenduri kahwin rakan blogger WSB. Sepanjang hari itu, memang hujan saja. Lebat bukan main, habis basah lenjun baju brader OBH.

Dan siang tadi, berlaku satu fenomena menakjubkan di kawasan Kota Kinabalu dan sekitarnya. Awan hujan terbentuk dengan begitu dramatik macam yang kita selalu nampak dalam filem-filem Hollywood yang cerita pasal bencana alam tu.

Nak tau macam mana, enjoice gambar-gambar di bawah yang brader OBH copy-paste dari Facebook. Harap kepada mana-mana pihak yang empunya gambar ini kira halal lah kan brader OBH tolong share.








*Efek macam HDR digunakan untuk kesan dramatik*

Kawasan rumah brader OBH tak nampak lah sampai macam ni, sebab jauh dari Kota Kinabalu. Ditambah lagi dengan kedudukan geografi Kota Kinabalu yang berhampiran laut. 

Serius bila tengok, rasa gerun pun ada, rasa takjub pun ada. Gerun sebab memikir macam mana kalau ada pula ribut taufan jadi kat Sabah lagi-lagi area Kota Kinabalu ni. Mohon dijauhkan. Takjub sebab bukan selalu nampak fenomena ni jadi. Tanda kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Apa-apa pun mesti ada hikmah di sebalik semua ini. Dunia pun makin tua, maksiat makin bermaharajalela, fitnah makin menjadi-jadi. Fikir-fikirkanlah.

*Difahamkan fenomena ini berpunca dari ketempiasan Taufan Mawar yang sedang melalui kawasan Laut China Selatan*
Saturday 9 June 2012

Perkara orang selalu tak endah untuk buat sebelum tidur

Ramai antara kita yang beragama Islam yang selalu tak ingat atau buat-buat tak ingat atau mungkin tak tau nak buat benda-benda ni sebelum tidur. Termasukla brader OBH sendiri. Nak tau apa benda tu? Check it out!!! (buat macam suara Lisa Surihani dalam iklan Digi)

1. Ambil wudhu'.
Masa kecik dulu brader OBH selalu ambil wudhu' sebelum tidur sebab Ustaz kata sucikan diri sebelum tidur, banyak kebaikannya. Tapi bila dah besar ni dah jarang-jarang brader OBH buat benda ni. Malas atau godaan syaitan agaknya. 

2. Solat Sunat Taubat.
Yang ni agaknya seumur hidup brader OBH, ada buat beberapa kali je sebelum tidur. Ada pun buat waktu qiamullail masa masih sekolah dulu. Ish ish ish, adat manusia bila dah senang payah betul nak tunduk mengaku dosa kat Allah. Dibuatnya mati dalam tidur. Jadi apa kata anda sekelian, mari kita cuba amalkan solat sunat taubat sebelum tidur. Kalau tak larat atau buat-buat tak larat, istighfar pun memadai.

3. Solat Sunat Witir.
Yang ni mungkin ramai yang ingatkan buat waktu bulan puasa je lepas solat sunat terawih. Tapi sebenarnya, ini merupakan amalan Baginda Rasulullah SAW. Kira ini merupakan penutup bagi ibadah sunat kita untuk malam itu. Kaedah, macam yang biasa kita buat waktu bulan puasa tu dan yang penting bilangan rakaat ganjil. Kalau rajin, buatlah 11 rakaat dengan 6 kali salam.

4. Baca Surah Al-Mulk
Tau Surah Al-Mulk? Surah ke 67 dalam Al-Quran. Brader OBH pun tak pasti dalam muka surat berapa sebab kena buka dulu baru tau. Surah ini ada 30 ayat. Kelebihan? Banyaaaaaaak. Surah ini dibaca untuk keselamatan dan keamanan kita. Paling utama, kalau kita istiqamah dan baca penuh penghayatan, terlindung dari azab kubur. 

5. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan Surah Tiga Qul.
Dari kecil lagi abah brader OBH memang selalu nasihat supaya amalkan baca surah-surah ni. Kebaikannya? InsyaAllah terlindung dari segala kejahatan, dengan kuasa Allah.

6. Baca Basmalah 21 kali.
Yang ini pula pun abah brader OBH pernah ajar. Sangat sesuai bagi wanita yang datang bulan sebab dorang tak boleh baca ayat Quran. Basmalah ni bismillah tu sebenarnya bagi yang tidak tahu. Kebaikannya? Brader dengar untuk keselamatan diri kita semasa tidur.

7. Maafkan kesalahan orang lain.
Amalan memaafkan kesalahan orang lain ni sebenarnya sangat baik diamalkan. Dan antara waktu paling sesuai ialah ketika sebelum tidur. Sebab memaafkan orang ini akan melapangkan hati kita, memudahkan tidur. Lagi baik kalau kita terus mendoakan kesejahteraan orang yang melukakan hati kita tu, dapat pahala lagi. Lagipun, Islam tak menganjurkan dendam sengketa.

8. Baca doa tidur.
Akhir sekali, yang ini brader OBH akui memang selalu terlupa. Entah kenapa. Selalu terlupa. Main belasah je tidur tu. Tak tau macam mana doa sebelum tidur?

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ 
Maksudnya: Dengan nama Mu Allah, aku hidup dan dimatikan.

Dan brader OBH kongsi sekali doa bangun tidur,

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Maksudnya: Segala puji bagi Allah menghidupkan aku kembali setelah dimatikan dan kepada-Nya aku dibangkitkan

***
Ini merupakan antara amalan-amalan yang baik dilakukan sebelum kita tidur. Malangnya ramai yang tak terbuat perkara-perkara ni termasuklah diri brader OBH sendiri yang buat tapi bermusim. Jadi tunggu apa lagi, mari kita amalkan kalau boleh setiap malam sebelum kita tidur. Lagi-lagi diri brader OBH sendiri, tau tulis dekat blog tapi tak amal tak guna juga.

Semoga kita diberikan kekuatan, insyaAllah.

Can Your Baby Get Pregnant If You Have Sex While Pregnant?


Dafuq yeah! Lead to complications like an infinite loop!

Source: Medical MCQs (PLAB, MRCP, USMLE, FRCR, MRCS, GRE, all with answers) Facebook Page

*Moral of the story: Ask the professionals.

Mulai 23/05/2012

 
© Copyright 2010-2011 Orang Bukan Hantu All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.