Owned by Orang Bukan Hantu (OBH). Powered by Blogger.

Pages

Cat-Copter? Orvillecopter? Helikopter Kucing

Wednesday, 6 June 2012

Awas, kepada peminat kucing gambar yang terkandung dalam tulisan ini mungkin akan ofensif kepada anda. Anda dinasihatkan melihatnya dengan budi bicara masing-masing


Kucing ini sebenarnya sudah mati. Bernama Orville dan dimiliki oleh tuannya seorang Belanda bernama Bart Jansen.

Ceritanya macam ni. Orville Si Kucing al kisahnya mati dilanggar lari oleh sebuah kereta. Kesian. Dan sebagai langkah mengenang nostalgik bersama Orville Si Kucing maka Jansen Si Artisan ini mendapat idea untuk buat stuffed animal kat Orville Si Kucing ni.

Jarsen Si Artisan pun bekerjasama dengan Arjen Beltman seorang pemain helikopter kawalan radio, memasang mekanisme penerbangan kat badan Orville Si Kucing yang sudah diawet.


In a sense memang kreatif Jarsen Si Artisan ini. Tapi bila brader OBH pikir balik, tak patutlah buat macam tu. Bukan untuk educational purposes pun macam student veterinar selalu main dengan bangkai haiwan yang diawet.

Lagi-lagi bila nampak wayar, propeller dan ditambah dengan postur badan Orville Si Kucing yang dikangkang. Sungguh kesian. Nampak macam animal abused.


Siapa tak sanggup, jangan tengok video ini.

Apa-apa pun brader OBH harap janganlah ada benda macam ni yang rakyat Malaysia buat. Takut nanti esok-esok bukan lagi kucing, siap mayat orang lagi nanti ada artisan kreatif sangat buat jadi Kapal Terbang Kawalan Radio. Adios!

Bacaan lanjut boleh baca di Daily Mail UK.

*Jawablah kau dekat akhirat nanti, ni kira dah macam penganiyaan terhadap binatang walaupun yang sudah mati*


Share this article on :

4 komen anda:

Siti Shaera Salleh said...

bangang betol manusia sekor ni ..
mengenang nostalgik la sgt .. disrespectful betol.
kalau dia mati nti sangkut mayat dia dkt helikopter ..
agak2x best x ??? nostalgik x ???
*waa x pasal-2 aku hangin*

Orang Bukan Hantu said...

Tau takpe, dah takdak keja lain agaknya. Kesian tengok dah mati pun mata masih terbuka macam tu.

Nanti kat akhirat tengokla cmne nasib dia.

Anne Nurain said...

kesian..
lau mo awet pn, simpan la bagus2,kasi pose yg comel2..
ni bikin helikopter la plak..
tada otak pny orang..

Orang Bukan Hantu said...

@Anne Nurain: Tu la, bikin kesian ba. Lagi-lagi mata terbuka macam tu. Nanti mati mau terbeliak mata Si Jarsen ni tengok Malaikat Izrail.

Kalau dia mau awet pun, buat la macam orang awet Lenin (google kalau nda tau)

Post a Comment

Mulai 23/05/2012

 
© Copyright 2010-2011 Orang Bukan Hantu All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.