Owned by Orang Bukan Hantu (OBH). Powered by Blogger.

Pages

Sedapnya makan Genitalia (GELIMAT!)

Sunday, 27 May 2012

Erk, bila OBH terbaca artikel ni kat Metro Online serius OBH rasa tawar kat tekak tetiba. Korang mesti tau kan apa bendanya Genitalia tu? Kemaluan, iya kemaluan.

Ceritanya macam ni. Kat Jepun ni ada seorang pelukis ilustrasi bernama Mao Sugiyama ni baru je buat pembedahan pembuangan alat kelamin (zakar dan buah zakar). Oh ya, dia ni mengaku seorang yang aseksual. Wah macam amoeba gitu.

Lepas bedah, dia bawa balik Genitalia yang sudah dipotong dari tempat asalnya tu pastu mamat ni dapat idea nak masak dan bagi orang makan dengan harga 100 000 yen (RM4000) pada asalnya tapi kemudian berkeputusan untuk bahagi kepada 5 orang dengan harga RM640.

Ada 70 orang yang datang ke majlis untuk memakan Genitalia yang dimasak sendiri oleh Sugiyama dengan dipantau seorang chef tapi hanya 5 orang je yang makan. Yang lain tu makan daging lain la, macam daging lembu atau buaya (serius!)

Yang lagi lawak, bila lepas habis makan siap kena sign surat akuan lagi yang pemakan-pemakan Genitalia ni tak akan mendakwa Sugiyama sekiranya berlaku sesuatu yang memudaratkan kepada mereka akibat memakannya. Serius pelik bunyinya.
"CalorieLab.com memetik seorang tetamu sebagai berkata, kemaluan itu liat dan tidak mempunyai rasa."  - Dipetik dari Metro Online.
Polis Suginami district pula bagi statement tiada sebarang tindakan akan diambil kerana ianya tidak melanggar undang-undang. Wah cool nya polis dan undang-undang Jepun ni.

Sugiyama sedang menerangkan perihal masakannya .
So, apa macam? Apa kau rasa? Oren?

Dipetik dan diubah suai dari Metro Online.


Share this article on :

0 komen anda:

Post a Comment

Mulai 23/05/2012

 
© Copyright 2010-2011 Orang Bukan Hantu All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.