Owned by Orang Bukan Hantu (OBH). Powered by Blogger.

Pages

Tolong Awek Aku Minat Bola!

Thursday, 24 May 2012


"Wan, ko nak tau? Awek aku sekarang ni dah rajin tengok bola. Pelik bin ajaib. Lagi-lagi kalau ada Harimau Muda main. Dia kata Nazmi Faiz tu hensem." - Member OBH

Nazmi Faiz Mansor. Sumber gambar: NST Online
Petikan ayat member OBH ni OBH ubah suai sedikit nak suntik elemen dramatik kat ayat dia tapi rasanya ini memang benar-benar berlaku kepada beberapa mamat yang aweknya tiba-tiba minat tengok bola kan? Sebab ada pemain pasukan tu hensem lagi kacak bergaya macam OBH. *okey itu hanya mimpi*

Siapa setuju angkat tangan, siapa setuju diam-diam dah la.

OBH kadang-kadang rasa pelik la juga dengan golongan-golongan awek yang lebih banyak tengok pemain berbanding tengok skill dan gameplay yang dipamerkan. Tapi OBH tak nafikan ada juga segelintir gadis yang memang betul-betul minat dengan bola sebab dulu ada je kawan perempuan OBH yang obses dengan bola sampai jadi kapten futsal.

Menjadi kegilaan ramai gadis, tidak kurang nyah-nyah di beberapa lorong gelap.  Sumber Gambar: Sport Craze
Berbalik kepada isu awek tengok bola sebab pemain hensem macam OBH, biasanya mereka akan meminati sebagai contoh Kaka, Christiano Ronaldo, Fernando Torres, kembar Aidil Zafuan-Zaquan Adha dan paling terkini Nazmi Faiz Mansor yang dapat kontrak 3 tahun dengan SC Beira-Mar. Dan secara automatik mereka akan menjadi peminat nombor satu kelab Real Madrid, Chelsea, ATM dan SC Beira-Mar pula selepas itu.

Tapi OBH tengok tiada pun awek-awek ni minat kat Didier Drogba, Mario Balloteli, Frank Ribery mahupun S.Kunanlan. Kadang-kadang OBH terasa diskriminasi di situ. Sebab apa? Sebab mereka kurang menyerlah wajahnya atau bahasa mudahnya kurang hensem berbanding Kaka, CR dan lain-lain yang OBH mention sebelum ini.

Mario Balloteli, muka macam ni pun awek Pornstar yawww! Sumber Gambar: Guardian UK
Dan paling membingungkan OBH apabila segelintir awek-awek ni secara automatiknya menukar kerakyatan kelabnya apabila sang pemain berpindah ke kelab lain. Contoh terhebat sudah pasti Christiano Ronaldo yang berpindah dari Manchester United ke Real Madrid. Bukan sedikit yang "berhijrah" sama mengibar panji-panji kelab berpusat di Santiago Bernabeu itu.

***

Apa-apa pun tulisan di atas ni hanyalah luahan peribadi OBH sahaja. Tidak terniat nak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Kalau terasa tu, harap maaf OBH pinta (macam lagu raya). Sebab ini semua Freedom of Choice kan atau Bahasa Melayunya Kebebasan Memilih. Majulah sukan untuk negara!
Share this article on :

0 komen anda:

Post a Comment

Mulai 23/05/2012

 
© Copyright 2010-2011 Orang Bukan Hantu All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.