Owned by Orang Bukan Hantu (OBH). Powered by Blogger.

Pages

Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Friday, 8 June 2012

Fenomena Sewaktu Khutbah Jumaat: Tidur

Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari Saiyidul Ayyam.

Dan seperti biasa brader OBH dan kaum muslimin di seluruh dunia yang lain pergi menunaikan solat Jumaat. Wajib bagi lelaki. Tapi macam biasa, dunia dah dekat kiamat makin ramai lelaki Islam "datang bulan" secara mengejut di hari Jumaat. Lantas mustahil baginya untuk bersolat Jumaat. Moga mereka diberi hidayah Allah SWT.

Bagi yang diberi kekuatan dan kesempatan untuk solat Jumaat, alhamdulillah.

Khutbah di masjid tempat brader OBH solat Jumaat hari ini cerita pasal kemuliaan Al-Quran. Best dengar. Brader OBH baru nak tau macam mana nak uruskan Al-Quran dan kertas-kertas bertulisan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. Okay itu mungkin lain kali brader OBH nak cerita.

Yang brader OBH nak cerita kat sini ialah gelagat jemaah yang tidur waktu Khatib tengah baca Khutbah Jumaat. Punyalah sedap member-member ni tidur. Tambah lagi aircond masjid yang full-blast waktu hari Jumaat.
Ihsan Carian Google dan Khidmat Copy-Paste. Jangan sampai tertidur seperti anak kucing ini.

"Penat sangat agaknya", bisik hati brader OBH.

Brader OBH rasa benda ni mesti pernah jadi kat ramai orang, brader sendiri pernah tidur waktu Khutbah Jumaat. Alasan? Ramai kata Khutbah Jumaat tu bosan la, Khatib baca gaya stereotaip bosan la, semua salah Khatib dan Khutbah. Nasib baik belum ada orang salahkan mimbar tempat Khatib berdiri.

Ini pendapat brader, mungkin memang betul gaya penyampaian dan isi sekali membosankan. Okay itu kita memang susah nak ubah melainkan kita yang nak jadi Khatib. Pergi bagitau AJK Masjid, "pakcik, saya nak baca Khutbah Jumaat hari ni. Ostad OBH tu bosanlah!"

In a sense, kita sendiri kena usaha supaya tahan diri dari tertidur waktu Khutbah Jumaat. Kalau dah mengantuk sangat pergilah ambil wudhu' balik ataupun kalau malas nak keluar, picit-picit tangan tu biar rasa sakit. Atau memadai goyang-goyang sikit badan tapi janganlah melampau macam nak menari la pulak!

Bukan apa, rugi rasanya kalau kita tidur waktu Khutbah Jumaat ni. Bab hukum memangnya tak dosalah dan solat Jumaat masih sah melainkan tidur yang melampau sampai baring lagi. Rugi sebab solat Jumaat nanti jadi kurang sempurna dan kita terlepas nasihat-nasihat dan peringatan-peringatan yang berguna bagi kita. Bila pikir balik, sebosan mana pun Khutbah tu mesti ada juga benda baik yang nak disampaikan.

Jadi, brader OBH menyeru lah kepada kaum Muslimin sekelian untuk berusaha tidak tidur sewaktu Khutbah Jumaat. USAHA TANGGA KEJAYAAN! Adios
Saturday, 26 May 2012

Entry Cinta Penuh Romantis

Macam biasa, OBH memang dah jadi rutin harian lepas bangun pagi, solat subuh, mandi itu dan ini, OBH pasti akan buka komputer usha apa yang jadi kat dunia hari ini kat Internet.

Satu benda menarik pagi ni yang OBH jumpa ialah satu blog yang cerita pasal tak bestnya baca blog orang yang terlampau angau bercinta. Memang padu isi tembakan blogger tu sebab OBH dulu pun pernah juga jumpa blogger yang kaki tulis benda terlampau romantik sampai mau meremang misai, janggut dan bulu hidung OBH.
"Oh Zed Zaidi (hanya meminjam nama aktor Zed Zaidi), I miss you, I love you, I ... I......" 
"One night without your messages makes me wanna cry..." 
"See, this is our symbol of love bla bla bla" sambil ambil gambar si awek mulut itik, si pakwe kenyit mata.
Tiada kaitan antara kucing lain samada hidup ataupun mati. Sumber: Darkjade68
Lebih kurang macam tu ayat-ayat dalam beberapa blog yang pernah OBH baca. Dekat satu lagi blog OBH (blog sebelum Orang Bukan Hantu), ada pernah seorang blogger ni follow blog OBH. So sebagai menghargai followers maka OBH pun buatla kunjungan balas dengan niat nak follow balik.

Sekali buka, mak aih mau tambah rabun mata OBH. Punyala banyak entry yang sangat romantis ditujukan oleh si awek kepada pakwenya. Gambar usah cerita, siap ada blink-blink lagi. Lagu kemain lagi punya la slow dan menekan jiwa OBH yang rock!

Last-last OBH tak follow dia sebab malas la nanti banyak pula update kat Blogger Dashboard OBH semua cerita pasal cinta yang melampau.Walaupun ada kat widget dia entah apa nama widget tu "Please follow me :)".

***Berenti di situ, nanti kang banyak pula OBH merapu ***

Nasihat OBH untuk adik-adik blogger (sebab ramai blogger romantis jiwang macam ni umur masih 20 tahun dan ke bawah), berpadalah kalau nak kongsi cerita cinta anda. Bukan apa, nanti naik muak orang baca. Kalau si pakwe/ makwe takpela lagi dorang suka.

OBH paham yang isi kandungan blog ni hak blogger la nak tulis pasal apa tapi kalau memang nak sangat intend untuk dedikasi kepada kekasih, apa kata limitkan readers kepada beberapa intended readers je. Pergi ubah setting kepada invited readers.

Atau satu lagi cara nak juga buat entry romantis, buatla dalam bentuk puisi yang puitis tanpa perlu menyatakan nama kekasih anda. Kalau macam ni orang biasanya boleh terima sebab dia satu bentuk seni, asalkan puitis la. Sebagai contoh tengok dulu Zahiril Azim tulis puisi pasal nak bagitau dia nak tunang dengan Syera Aiyob. Sweeeet gitu, ye dok?

Apa-apa pun ini hanyalah komentar pendapat OBH saja. Kalau ada terasa, harap maaf ye. Sebab semua orang ada sebabnya nak ber-blog, freedom of expression. OBH hormat yang itu.

Thursday, 24 May 2012

Tolong Awek Aku Minat Bola!


"Wan, ko nak tau? Awek aku sekarang ni dah rajin tengok bola. Pelik bin ajaib. Lagi-lagi kalau ada Harimau Muda main. Dia kata Nazmi Faiz tu hensem." - Member OBH

Nazmi Faiz Mansor. Sumber gambar: NST Online
Petikan ayat member OBH ni OBH ubah suai sedikit nak suntik elemen dramatik kat ayat dia tapi rasanya ini memang benar-benar berlaku kepada beberapa mamat yang aweknya tiba-tiba minat tengok bola kan? Sebab ada pemain pasukan tu hensem lagi kacak bergaya macam OBH. *okey itu hanya mimpi*

Siapa setuju angkat tangan, siapa setuju diam-diam dah la.

OBH kadang-kadang rasa pelik la juga dengan golongan-golongan awek yang lebih banyak tengok pemain berbanding tengok skill dan gameplay yang dipamerkan. Tapi OBH tak nafikan ada juga segelintir gadis yang memang betul-betul minat dengan bola sebab dulu ada je kawan perempuan OBH yang obses dengan bola sampai jadi kapten futsal.

Menjadi kegilaan ramai gadis, tidak kurang nyah-nyah di beberapa lorong gelap.  Sumber Gambar: Sport Craze
Berbalik kepada isu awek tengok bola sebab pemain hensem macam OBH, biasanya mereka akan meminati sebagai contoh Kaka, Christiano Ronaldo, Fernando Torres, kembar Aidil Zafuan-Zaquan Adha dan paling terkini Nazmi Faiz Mansor yang dapat kontrak 3 tahun dengan SC Beira-Mar. Dan secara automatik mereka akan menjadi peminat nombor satu kelab Real Madrid, Chelsea, ATM dan SC Beira-Mar pula selepas itu.

Tapi OBH tengok tiada pun awek-awek ni minat kat Didier Drogba, Mario Balloteli, Frank Ribery mahupun S.Kunanlan. Kadang-kadang OBH terasa diskriminasi di situ. Sebab apa? Sebab mereka kurang menyerlah wajahnya atau bahasa mudahnya kurang hensem berbanding Kaka, CR dan lain-lain yang OBH mention sebelum ini.

Mario Balloteli, muka macam ni pun awek Pornstar yawww! Sumber Gambar: Guardian UK
Dan paling membingungkan OBH apabila segelintir awek-awek ni secara automatiknya menukar kerakyatan kelabnya apabila sang pemain berpindah ke kelab lain. Contoh terhebat sudah pasti Christiano Ronaldo yang berpindah dari Manchester United ke Real Madrid. Bukan sedikit yang "berhijrah" sama mengibar panji-panji kelab berpusat di Santiago Bernabeu itu.

***

Apa-apa pun tulisan di atas ni hanyalah luahan peribadi OBH sahaja. Tidak terniat nak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Kalau terasa tu, harap maaf OBH pinta (macam lagu raya). Sebab ini semua Freedom of Choice kan atau Bahasa Melayunya Kebebasan Memilih. Majulah sukan untuk negara!
Wednesday, 23 May 2012

Debut

 Posting pertama aku sebagai penulis blog Orang Bukan Hantu.

Untuk perhatian semua, nama blog ini tidaklah menggambarkan penulisan aku memfokuskan kepada hantu dan orang. 

Sebenarnya aku jumpa gambar ni lepas Google. Kredit kepada sesiapa yang menciptanya
Sekian.

Mulai 23/05/2012

 
© Copyright 2010-2011 Orang Bukan Hantu All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.