OBH nak tulis la pasal kanser serviks ni pasal kiranya penyakit ni antara pembunuh utama golongan wanita dewasa ini selain kanser payu dara. Setakat ni belum pernah la ada lelaki kena kanser serviks sebab lelaki manada rahim/peranakan/uterus. Itu la yang OBH tau waktu bergelar sebagai pelajar perubatan suatu masa dahulu.
Rajah kedudukan serviks dalam badan seorang wanita. Sumber gambar: Wikipedia |
Menurut A.D.A.M Medical Encyclopedia, kanser serviks ni bermula pada sel-sel yang berada di atas permukaan serviks, agak perlahan pada mulanya dan biasanya akan aka peringkat pre-cancerous yang dikenali sebagai dysplasia. Menariknya, kanser ini disebabkan secara utama oleh virus iaitu Human Papillomavirus (HPV).
Mereka yang berisiko
- Wanita yang aktif melakukan hubungan seks, lebih berbahaya jika berbilang pasangan.
- Wanita yang mula aktif berhubungan seks dalam usia muda.
- Wanita yang merokok dan mengambil alkohol.
- Wanita yang mempunyai HIV dan sistem imun yang lemah.
- Wanita yang mempunyai anak yang ramai.
- Wanita yang merancang kehamilan menggunakan pil perancang.
Simptom-simptom
Peringkat awal, biasanya simptomnya tidak berapa kelihatan dan seakan tidak berbahaya.
- Pendarahan ganjil di antara jangka waktu haid, selepas hubungan seksual atau selepas menopaus.
- Lelehan cairan faraj yang berterusan, agak banyak, berwarna pucat berair, keperangan, berdarah atau berbau busuk.
- Kedatangan haid yang lebih banyak dan lama berbanding biasa.
- Sakit belakang.
- Sakit tulang atau retak.
- Keletihan.
- Kebocoran air kencing atau najis dari liang faraj.
- Sakit bahagian kaki.
- Hilang selera makan.
- Sakit di bahagian pinggul.
- Penurunan berat badan.
- Melalui Pap Smear, lazimnya berkesan dalam mengesan kanser atau precancerous stage.
- Sekiranya terdapat abnormaliti, kaedah biopsi tisu dari serviks akan dilakukan untuk dianalisis di makmal. Dikenali sebagai colposcopy.
Contoh Serviks yang diserang kanser. Sumber: Medical PowerPoint Presentation |
Tahap Kanser
- Tahap 0 - Sel kanser hanya berada di permukaan serviks.
- Tahap 1 - Kanser merebak ke luar serviks, menyerang tisu berhampiran.
- Tahap 2 - Kanser sudah menyerang bahagian atas vagina.
- Tahap 3 - Kanser sudah menyerang bahagian bawah vagina dan menyekat salur kencing.
- Tahap 4 - Kanser sudah menyerang organ-organ lain seperti rektum, pundi kencing, hati dsb.
Kaedah Rawatan
1. Pembedahan - Kanser belum melimpasi tahap 2. Biasanya prosedur Hysterectomy akan dijalankan bagi membuang serviks, uterus dan tisu-tisu berhampiran yang dijangkiti. Fallopian tube, Ovary dan Lymph Nodes juga mungkin akan dibuang.
2. Radiasi - Menggunakan X-ray yang bertenaga tinggi untuk memusnahkan tisu-tisu yang diserang kanser. Kesan sampingan: sel darah merah kurang, lemah, letih, loya dan hilang selera makan.
3. Chemotherapy - Menggunakan dos ubat bagi menyerang sel-sel kanser di mana sahaja ia berada. Lebih banyak digunakan dalam kes advance stage. Kesan sampingan: keguguran rambut, lemah, loya, hilang selera makan dan sebagainy bergantung kepada dos dan jenis ubat digunakan.
Komplikasi Selepas Rawatan
- Beberapa jenis kanser serviks tidak menunjukkan respons positif terhadap rawatan.
- Kanser mungkin akan kembali menyerang.
- Menyebabkan masalah kesihatan lain seperti muntah-muntah, pening loya dan sebagainya.
- Rawatan mungkin mengganggu sistem dalam seksual,usus dan pundi kencing.
Antara kaedah pencegahan terbaik ialah menjalankan ujian Pap Smears secara berkala dan dapatkan vaksin HPN.
Di Malaysia, gadis berusia 13 tahun boleh mendapatkan vaksin secara percuma di sekolah-sekolah dan klinik Kementerian Kesihatan.
Jadi wahai wanita seluruh dunia, sudahkah anda melakukan Pap Smear dan dapatkan vaksin HPV? Beringat sebelum kena, beringat sebelum.
Klik untuk pembesaran. Atau save dan zoom kan. Sumber: Pinterest |
Lagi infografik berkenaan Kanser Serviks. Sumber: Grazinger DeviantArt |
Disclaimer: Fakta-fakta yang OBH kongsikan di atas mungkin ada kesilapan mahupun kurang lengkap. Tapi apa yang OBH harapkan semoga ianya bermanfaat kepada warga wanita seluruh dunia. Betulkan OBH sekirannya ada kesilapan, terima kasih.
Sumber rujukan dan bahan bacaan berguna berkenaan Kanser Serviks/ Pangkal Rahim untuk mengetahui lebih lanjut.
0 komen anda:
Post a Comment