Owned by Orang Bukan Hantu (OBH). Powered by Blogger.

Pages

Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Monday, 4 June 2012

Kenapa berhenti merokok?

"Brader, gua dengar lu dah berenti merokok? Tak seksa ke?"

Itu merupakan soalan dari seorang member OBH yang juga merupakan teman sekotak rokok OBH dulu.

Alhamdulillah, OBH memang dah dapat berenti. Memang seksa la tapi sebab nak sihat kan? Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. OBH rasa ini merupakan percubaan kali ke 4 OBH untuk terus berenti dari menjadi ahli kelab Saudara Jin (sebab jin makan asap). Percubaan OBH sebelum ini, OBH hanya mampu bertahan selama 4 bulan. Yang ini dah masuk bulan ke 6, harap-harap berjaya.

Tolak ke tepi dulu hukum agama pasal rokok, sebab walaupun fatwa Malaysia kata haroom mesti akan ada golongan yang ambil fatwa lain kata rokok itu makruh. Lantak la.

Sebab utama OBH nak berenti terus ialah atas sebab kesihatan. Status OBH selaku pelajar bidang yang memang menumpukan kesihatan manusia, sememangnya banyak mempengaruhi OBH untuk berenti. Sebab OBH rajin baca jurnal dan artikel yang berkait dengan bidang ini.

Kanker itu kanser. Ihsan dari carian Google.
Bahan-bahan terdapat dalam rokok. Ihsan dari carian Google.
Mesti semua tau apa yang menyebabkan ketagihan rokok kan? Tak lain tak bukan, nikotin. Pasal bab nikotin ni OBH tak la risau sangat tapi yang OBH paling risau tu ha, segala sekelian racun macam hydrogen cyanide, carbon monoxide, tar, dan macam-macam lagi. Dan satu kesan yang paling OBH takut, kanker @ kanser. Itu tak masuk lagi penyakit kardiovaskular macam sakit jantung.

Jadi macam mana OBH dapat lawan keinginan untuk berasap ini? Huiiii bukan senang weyh. Dengan rasa pening dan lemah di pagi hari sebab tak jumpa asap nikmat ni, mencabar jiwa dan raga. Kena ada ketahanan diri yang kuat sebab nak lawan craving for nicotine ni memang susah. Dan ini antara cara yang OBH syorkan.

1. Kena ada niat yang kuat untuk berenti merokok. Kalau setakat bergurau senda memang payahlah.

2. Elakkan memandang rak rokok di kaunter-kaunter pasar raya, kedai mamak mahupun 7 Eleven.

3. Dapatkan nasihat dari kaunselor, doktor ataupun mereka yang sudah berjaya berhenti merokok.

4. Untuk melepaskan gian nikotin, cuba dapatkan nicotine replacement therapy. Sesetengah doktor mengsyorkan nicotine patch ataupun dalam bentuk macam gula-gula yang OBH pun tak ingat dah nama dia.

5. Banyakkan meminum air kosong. Elakkan dari meminum minuman berkafein seperti kopi.

6. Berpuasa. Ini mampu menahan diri dari merokok di siang hari. Harapnya sampai ke malam lah ye.

7. Elakkan diri daripada duduk dengan member yang tengah merokok. Kalau boleh jangan sampai terhidu bau rokok terus. Bau rokok ni mampu merangsang otak kita untuk teringin merokok.

8. Cuba kunyah chewing gum. Tapi pastikan sugarless sebab banyak gula tak baik untuk kesihatan.

9. Sibukkan diri dengan pelbagai perkara yang berfaedah. Kalau boleh libatkan diri dengan aktiviti sukan, gym atau kemasyarakatan.

10. Paling penting, dapatkan sokongan ahli keluarga.

Ini antara beberapa cara yang OBH syorkan. Memang rasa lain kalau dapat berenti merokok selepas berjaya berhempas pulas melawan withdrawal effect (pening, lemah etc etc). Rasa lebih sihat dan paling penting, penjimatan dapat dilaksanakan. Bayangkan kalau seorang perokok paling tak tegar pun paling kurang seminggu dua kotak rokok. Katakanlah dia hisap rokok Dunhill yang sekarang harganya RM10 untuk pek 20 batang. Seminggu dua kotak ialah RM 20. Sebulan? You do the math.

Kebaikan berhenti merokok dari aspek kesihatan. Dipetik dari Peter Faur

Pesanan OBH: Jauhi rokok! Ingatlah orang yang tersayang

Saturday, 26 May 2012

Perihal Kanser Serviks / Pangkal Rahim

Lepas godek-godek gelak-gelak pasal fakta lawak Kim Jong-Il siang tadi, malam ni OBH nak buat something yang lebih serius pulak. So, macam biasa OBH pun layan-layan la mende alah kat Internet ni, last-last jumpa la pasal kanser serviks.

OBH nak tulis la pasal kanser serviks ni pasal kiranya penyakit ni antara pembunuh utama golongan wanita dewasa ini selain kanser payu dara. Setakat ni belum pernah la ada lelaki kena kanser serviks sebab lelaki manada rahim/peranakan/uterus. Itu la yang OBH tau waktu bergelar sebagai pelajar perubatan suatu masa dahulu.

Rajah kedudukan serviks dalam badan seorang wanita. Sumber gambar: Wikipedia
Untuk memudahkan pembacaan sebagai layman dan tidak memerlukan ilmu perubatan yang detail, OBH akan cuba untuk menggunakan ayat-ayat yang biasa dan mudah difahami. Tapi sesetengah perkataan memang perlu menggunakan spesific terms.

Menurut A.D.A.M Medical Encyclopedia, kanser serviks ni bermula pada sel-sel yang berada di atas permukaan serviks, agak perlahan pada mulanya dan biasanya akan aka peringkat pre-cancerous yang dikenali sebagai dysplasia. Menariknya, kanser ini disebabkan secara utama oleh virus iaitu Human Papillomavirus (HPV).

Mereka yang berisiko

  • Wanita yang aktif melakukan hubungan seks, lebih berbahaya jika berbilang pasangan.
  • Wanita yang mula aktif berhubungan seks dalam usia muda.
  • Wanita yang merokok dan mengambil alkohol.
  • Wanita yang mempunyai HIV dan sistem imun yang lemah.
  • Wanita yang mempunyai anak yang ramai.
  • Wanita yang merancang kehamilan menggunakan pil perancang.

Simptom-simptom

Peringkat awal, biasanya simptomnya tidak berapa kelihatan dan seakan tidak berbahaya.

  • Pendarahan ganjil di antara jangka waktu haid, selepas hubungan seksual atau selepas menopaus.
  • Lelehan cairan faraj yang berterusan, agak banyak, berwarna pucat berair, keperangan, berdarah atau berbau busuk.
  • Kedatangan haid yang lebih banyak dan lama berbanding biasa.
Yang bahaya apabila telah masuk ke peringkat advance dan boleh membawa maut dengan kadar segera jika tidak diberikan pemerhatian dan rawatan sepatutnya. Advance stage apabila sel kanser merebak ke organ lain seperti pundi kencing, usus, hati dan paru-paru.

  • Sakit belakang.
  • Sakit tulang atau retak.
  • Keletihan.
  • Kebocoran air kencing atau najis dari liang faraj.
  • Sakit bahagian kaki.
  • Hilang selera makan.
  • Sakit di bahagian pinggul.
  • Penurunan berat badan.
Pengesanan Kanser

  • Melalui Pap Smear, lazimnya berkesan dalam mengesan kanser atau precancerous stage.
  • Sekiranya terdapat abnormaliti, kaedah biopsi tisu dari serviks akan dilakukan untuk dianalisis di makmal. Dikenali sebagai colposcopy.
Contoh Serviks yang diserang kanser. Sumber: Medical PowerPoint Presentation

Tahap Kanser

  1. Tahap 0 - Sel kanser hanya berada di permukaan serviks.
  2. Tahap 1 - Kanser merebak ke luar serviks, menyerang tisu berhampiran.
  3. Tahap 2 - Kanser sudah menyerang bahagian atas vagina.
  4. Tahap 3 - Kanser sudah menyerang bahagian bawah vagina dan menyekat salur kencing.
  5. Tahap 4 - Kanser sudah menyerang organ-organ lain seperti rektum, pundi kencing, hati dsb.
Kaedah Rawatan

1. Pembedahan - Kanser belum melimpasi tahap 2. Biasanya prosedur Hysterectomy akan dijalankan bagi membuang serviks, uterus dan tisu-tisu berhampiran yang dijangkiti. Fallopian tube, Ovary dan Lymph Nodes juga mungkin akan dibuang.

2. Radiasi - Menggunakan X-ray yang bertenaga tinggi untuk memusnahkan tisu-tisu yang diserang kanser. Kesan sampingan: sel darah merah kurang, lemah, letih, loya dan hilang selera makan. 

3. Chemotherapy - Menggunakan dos ubat bagi menyerang sel-sel kanser di mana sahaja ia berada. Lebih banyak digunakan dalam kes advance stage. Kesan sampingan: keguguran rambut, lemah, loya, hilang selera makan dan sebagainy bergantung kepada dos dan jenis ubat digunakan.


Komplikasi Selepas Rawatan

  1. Beberapa jenis kanser serviks tidak menunjukkan respons positif terhadap rawatan.
  2. Kanser mungkin akan kembali menyerang.
  3. Menyebabkan masalah kesihatan lain seperti muntah-muntah, pening loya dan sebagainya.
  4. Rawatan mungkin mengganggu sistem dalam seksual,usus dan pundi kencing.
Antara kaedah pencegahan terbaik ialah menjalankan ujian Pap Smears secara berkala dan dapatkan vaksin HPN.

Di Malaysia, gadis berusia 13 tahun boleh mendapatkan vaksin secara percuma di sekolah-sekolah dan klinik Kementerian Kesihatan.

Jadi wahai wanita seluruh dunia, sudahkah anda melakukan Pap Smear dan dapatkan vaksin HPV? Beringat sebelum kena, beringat sebelum.

Klik untuk pembesaran. Atau save dan zoom kan. Sumber: Pinterest
Lagi infografik berkenaan Kanser Serviks. Sumber: Grazinger DeviantArt

Disclaimer: Fakta-fakta yang OBH kongsikan di atas mungkin ada kesilapan mahupun kurang lengkap. Tapi apa yang OBH harapkan semoga ianya bermanfaat kepada warga wanita seluruh dunia. Betulkan OBH sekirannya ada kesilapan, terima kasih.

Sumber rujukan dan bahan bacaan berguna berkenaan Kanser Serviks/ Pangkal Rahim untuk mengetahui lebih lanjut.

Mulai 23/05/2012

 
© Copyright 2010-2011 Orang Bukan Hantu All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.