Owned by Orang Bukan Hantu (OBH). Powered by Blogger.

Pages

Gajah pula nak meramal, Babi sekali?

Friday 8 June 2012

Ingat lagi Arwah Paul Si Sotong Kurita yang jadi hot issue waktu Piala Dunia 2010 dulu? Alaaa, yang meramal siapa juara tu. Kali ini untuk Euro 2012 pun dah ada jururamal tidak rasmi bagi  kejohanan tersebut.

Ihsan Carian Google.
Memperkenalkan...



Ini dia Citta Si Gajah, seekor Gajah India yang kini bermastautin di Krakow, Poland. Dengar cerita hari tu beliau telah "meramal" untuk Chelsea menang perlawanan akhir UEFA Champions League mengalahkan Bayern Munich. Dan takdir ketentuan Allah SWT, Chelsea menang. (kebetulan agaknya gajah itu, jangan percaya)

Modus operandi ialah dengan meletakkan buah epal di atas logo/bendera mewakili kelab/negara pasukan yang akan berlawan dalam setiap perlawanan sehari sebelum perlawanan. Dan khabarnya untuk perlawanan pembukaan, ramalan akan diadakan dua sehari sebelum perlawanan (7 Jun iaitu semalam) bagi menghormati "Hari Suci" Roman Katolik yang mana golongan majoriti di Poland.

Lain hal pula di Ukraine yang jadi tuan rumah bersama EURO 2012, tanggungjawab meramal pula dipikul oleh Psychic Pig Si Khinzir. Dengar cerita beliau menggemari bir dan kentang. Wah!

Atas sebab menghormati sensitivit Melayu, brader OBH tidak menyiarkan gambar Psychic Pig Si Khinzir.

Apa pun, kepada mereka yang beragama Islam jangan lah percaya benda-benda ramalan macam ni. Syirik! Dosa besar. Lagi-lagi golongan kaki judi bola tu, udah-udah lerr. Judi dah dosa, yang percaya ramalan macam ni tambah dosa lagi.

*Ini hanya sebagai perkongsian maklumat, harap maklum*

Sumber: MyNewsHub


Share this article on :

2 komen anda:

Unknown said...

siapa percaya memang tak ada akai la

Orang Bukan Hantu said...

Haha, kalau kaki bookie mungkin percaya benda-benda macam ni.

Post a Comment

Mulai 23/05/2012

 
© Copyright 2010-2011 Orang Bukan Hantu All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.